SCI-201 Komunikasi Professional Yang Berkesan & Cemerlang
Overview
Course Objectives
Course Content
For Whom
Schedule and Hours
<
>
Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Ini merupakan aspek penting dan membangunkan diri dan organisasi.
Komunikasi dalam organisasi adalah berbentuk komunikasi yang dilakukan dalam sesuatu organisasi yang bertujuan untuk membuat suatu perbincangan, keputusan atau penyelesaian masalah. Kejayaan sesebuah organisasi seringkasi dikaitkan dengan kepimpinan , ini bagi membolehkan maklumat-maklumat dapat disampaikan dengan baik dan secara tidak langsung permudahkan urusan kerja, mengatasi sebarang isu berbangkit, perkongisan idea dan inisiatif bagi mencapai matlamat sert tujuan komunikasi disamping membangunkan sesebuah organisasi.
Program Komunikasi berkesan ini adalah direka khas dengan pengisian yang unik dan terkini, bagi membolehkan peserta dalam membolehkan komunikasi yang dibuat memberikan hasil kepada inidivu, rakan kerja dan menuju kepada kecemerlangan organisasi.
Di akhir kursus ini, peserta akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran berkenaan:
Menguasai kemahiran komunikasi dalam membina hubungan yang profesional di tempat kerja
Mengaplikasikan teknik komunikasi secara berkesan di peringkat individu dan kumpulan
Memberi keyakinan dalam berkomunikasi dengan pelbagai peringkat kumpulan staf dalam organisasi
Seksyen 1: Memahami Personaliti Manusia
Seksyen 2: Anda & Komunikasi
Seksyen 3:Komunikasi Cemerlang
Seksyen 4: Pengaruh Komunikasi Berkesan
Seksyen 5: Kepentingan Komunikasi Berkesan
Seksyen 6: Mengurus Perhubungan Dengan Komunikasi
Seksyen 7: Halangan Terhadap Komuikasi Berkesan
Penyelia, eksekutif dan sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal mereka.
Ini adalah program selama 2 hari.
Kursus ini berlangsung dari 9:00 pagi - 5:00 petang dengan satu jam waktu makan dan istirahat singkat berkala.
Ini adalah sesi intensif yang direka untuk merangkumi sebanyak mungkin perbincangan. Waktu makan dan istirahat memberikan peluang untuk pertanyaan lanjut dan perbincangan dengan para penceramah.
We are HRD Corp (Human Resource Development Corporation) Registered Training Provider. All of our training modules are claimable under HRD Corp.