Pelbagai cabaran didalam industry logistik termasuk untuk menurunkan kos, meningkatkan kepantasan operasi dan memenuhi kehendak pelangan. Ketiga-tiga objektif ini boleh dicapai melalui pengurusan stor yang berkesan dan efisyen. Kursus ini juga akan memberi tumpuan kepada memperbaiki prestasi stor dan ‘warehouse’ khususnya dalam persekitaran perniagaan yang kian berubah.Pengurusan stor yang cekap, memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki dan meningkatkan daya-saing sesuatu perniagaan.
Kursus interaktif ini memberi tumpuan kepada memperbaiki prestasi stor dan gudang, khususnya dalam persekitaran perniagaan yang kian mencabar. Dalam kursus ini, anda belajar menambah nilai dalam semua aktiviti-aktiviti stor dan gudangnya demi mengekalkan kelebihan daya-saingnya.
Juga pembelajaran daripada pakar serta ahli dari Industri.
Diakhir seisi ini para peserta dapat :
Mengetahui berbagai kaedah penyimpanan dan memilih kaedah penyimpanan yang paling sesuai untuk stor anda.
Memilih teknik terbaik bagi sistem penyimpanan/pengutipan yang sesuai dengan perskitaran stor syarikat anda.
Meningkatkan pengetahuan di dalam teknik-teknik pengawalan inventori yang digunakan dengan meluas di dalam industri anda.
Mengetahui jenis-jenis peralatan pengendalian dan penyimpanan yang efisien.
Memahami prinsip-prinsip yang digunakan di dalam pembungkusan yang lebih efisien.
Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi di dalam stor anda dan cara-cara mengatasinya.
Memperolehi pendedahan kepada teknik-teknik praktikal di dalam pengendalian kargo, pengurusan stor, penyimpanan dan pengagihan fizikal.
Mempertingkatkan fungsi penyimpanan dan pengurusan stor syarikat anda dan menyumbang kepada efisiensi, produktiviti dan keuntungan syarikat anda.
Prinsip 80/20 dan analisa ABC
Kaedah mengukur pretasi menyimpanan, pusingan inventori.
Memahami Pengiraan Kitar.
Bila perlu Stok Keselamatan dan tentukan keperluan Stok Keselamatan.
Mengira kuantiti pesanan secara statistics dan ketepatan masa memesan.
Memahami kaedah membuat ramalan.
Ketepatan masa penghantaran OTD dan pengukuran secara ‘Span’.
Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dalam stor
Keselamatan Stor
Pengenalan Kepada Stor/ Pengurusan Gudang
Asas-Asas Operasi Stor
Fungsi Stor/Gudang/Peralatan/Software
Tanggungjawab dan Fungsi Pekerja Stor / Gudang
Membaiki Sistem Pengurusan Stor / Gudang / 5S / Kaizen
Penerimaan Stor/Gudang
Pengunitan dan Pembungkusan
Lokasi dan Pengawalan Stok
Sistem Penyimpanan dan Pengutipan Automatik
Pemeriksaan dan Pengambilan Stok
Pengenalan Kepada Inventori
Kedudukan Inventori
Keputusan Berkenaan Masa/Tempoh
Analisa Inventori Dan Sistem Kawalan
Teknik-Teknik Pengurusan Inventori
Penetapan KPI Stor / Inventori
Keselamatan
Kursus ini sesuai untuk:
Pengurus Stor atau Gudang
Pekerja Stor atau Gudang
Pengurus Rantai Bekalan
Eksekutif Pengurusan Inventori
Penyelia Operasi Stor
Individu yang terlibat dalam Operasi Stor atau Pengurusan Inventori
Pengurus Produksi dan Operasi
Eksekutif Logistik
Individu yang ingin memahami konsep pengurusan stor dan inventori secara efektif
This is a 2-days programme. This course runs from 9:00am – 5:00pm with an hour for lunch and periodic short breaks.
This is an intensive session designed to include as much discussion as possible. Lunch and breaks provide an opportunity for further questioning and discussion with the instructors.
We are HRD Corp (Human Resource Development Corporation) Registered Training Provider. All of our training modules are claimable under HRD Corp.